happy birthday to you!!!.. sorrylah, anakanda nak surprisekan mama ngan orang hantar bunga kat butik mama.. tak tau lak orang tu mengong call mama dulu tanya mana mama tinggal sebab nak hantar bunga.. jadi tak surprise langsung! padahal anakanda dah letak alamat bagai dah dalam form, tak paham2 sungguh itu orang! cis cis cis!!!
apa2 pun kami kat sini sentiasa mendoakan supaya mama dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu..
luv u mama!!! from us yang jauh di mata dekat di hati..
p/s : 18 hari sahaja lagi nak balik msia coti2.. yahoo!!!
SEMALAM, selepas hantar mr. afza ke airport (outstation ke cairo), aku ni singgahlah ke emirates mall nak beli barang dapur sikit. dah settle beli barang, aku terperasan....... ada stain kat bag LV TIVOLI aku!!!
macam kesan pen, tapi aku pun tak sure.. kaler biru.. aku apa lagi, dengan tention terus start enjin kete nak balik.. tau2 puan penasihat aku miss julie call, kalau2 nak lepak minum kopi ke hapa ke..
aku pun cerita la malapetaka yang menimpa kat LV TIVOLI aku tu.. dengan segera puan penasihat menasihati aku pegi kat LV suh diaorang bersihkan. aku dengan tak berlengah lagi alih parking dekat2 enterence yang direct ke LV.
sampai ke LV aku pun show la kat orang tuh apa masalah LV TIVOLI aku tu.. diaorang cam terkejut la, bag tu design baru, so diaorang ingatkan aku baru pakai 2 bulan.. selalunya orang pakai dalam 6 bulan camtu baru hantar kat diaorang untuk bersihkan..
ceh! aku dapat first batch la bag tuh! bulan 11 last year, ingat aku tak reti jaga bag ke? tak sayang mulut tul! dah 6 bulan dah pun aku pakai bag tu pe? tak kotor pun, just tah hapa nasib aku tetiba ada kotor sikit..
so tinggallah bag LV TIVOLI aku kat situ.. paling lambat 10 hari katanya.. tak kisahlah, janji tolong hilangkan stain tu kot leh.. sakit mata aku tengok..
dan tak pasal2 pas tu aku hangkut paper bag LV kehulu kehilir, dah bag aku kena tinggal situ kan.. tapi glamer gak pe hangkut paper bag pun, hahahahaha! abis tu, takkan aku nak pengang semua barang aku kat tangan lak kan? ngan wallet, hp, kunci2, makeup aku lagi.. hahahaha.. kelakar lak aku rasa!
ok geng.. since ada yang "terbaca" blog aku dan tak berapa gemar blog aku nih (aku tak jemput or undang pun ok!), so terpaksalah aku set as "Network Protected" bagi certain2 post.. korang yang takde acc multiply kenalah buat acc multiply untuk baca post2 aku yang "sensored" pas ni..
segala kesulitan amatlah dikesali dan didahului dengan ucapan terima kasih,, muahahaha!!! sian kat korang! tak susah nak buat acc multiply nih, antara korang rajin or tidak je.. ngengenge..
aku tak pernah minat politik sebelum ni.. tapi since negara aku kucar kacir sikit bila pentadbiran pak lah, aku macam jadi gila lak baca2 hal politik..
lately satu menda yang amat menarik perhatian aku bila 'parti tu' dah pandai nak melawan sultan..
mr. felix a.k.a anak teruna aku buat tunjuk perasaan sejak hari khamis. mana taknya, aku lupa la nak beli makanan tin perisa seafood untuk dia, yang ada kat dapur, perisa daging je ada.
selalunya siang aku bagi biskut, malam special treat la, aku bagi yang dalam tin. dah lama dah aku tau dia tak suka daging, tapi hari khamis tu aku lupa la nak beli perisa ikan punya..
so aku buh jelah daging, dah ada satu tin besar tak bukak lagi. tengok2 dia tak makan pun makanan dia tu malam tu. patutlah dia cam restless tak nak tido satu malam, dia tak nak gak daging tu rupanya!
pagi2 dia buat demo a.k.a tunjuk perasaan kat bekas makanan dia, lawak pun ada.. dok ngadap je bekas makanan tu, cam harap simpati! tak pernah dia buat perangai camtu, tapi agaknya nak tunjuk la yang dia protes kot??? ahahahaha..
hari jumaat, aku beli gak la perisa ikan, tapi brand lain.. aku memang dah terlupa dah nak beli, so pegi kat kedai biasa beli packet punya. malam tu aku bagi dia makan gak la, walaupun nampak cam tak suka..
pagi2 buta tengah syok aku tido sefamily, tetiba dengar bunyi pecah. aku ngan asben aku bangkit gesa2 tengok kat luar, shot glass Hard Rock London kitaorang pecah! alahai..
takpelah.. sapa2 nak gi london tu, aku nak kirim shot glass satu eh.. aku nak gi london balik ntah bila tah.. hehehehe..
aku sejak audition lagi, minat kat budak ni... baru 17 tahun, tapi suara dia best la sangat2! humble lak tu!
semua package dia ada.. harap2 dia menang la season ni, tapi tulah... bukan leh caya american idol ni, sudahnya yang menang nanti haprak.. esp zaman si taylor tu, patutnya si chris la menang.. sudahnya taylor tenggelam, chris pemes.. penat je orang vote si taylor tuh, hehehehe..
hari khamis 31.1.08, company asben aku buat pertandingan bowling sesama diaorang.. aku as usual gi la jadi 'pom2 girl' bersama anak daraku..
kebetulan joe (kawan baik asben aku since umur 17) baru join company MBC (but different dept with my asben), so dia pun turut serta gak la lawan bowling ni.. tapi tak dapat sama team ngan asben aku..
so, 1st game tengok alahai... mana pegi player2 yang nama ada kat skrin tuh? banyak orang tak datang rupanya.. pas tu 1st game diaorang sibuk makan bagai, camnelah nak bagi 100% ye tak? tapi asben aku tak makan, hehehe.. berbekalkan bola sendiri dia tuh, not bad!
2nd game, mana yang takde player tu diaorang invite kalau family nak join. aku apa lagi, nak ler! masuk sama team ngan joe.. sanggup gi turun parking amik set bola aku.. joe score giler masa tu! aku jeling2 sotong kat asben aku punya point, fuh! not bad not bad! strike n spare! anak dara aku lak, diaorang buat satu lane untuk kids, pun sibuk main. aku??? bulehlahhhhhhh.. hehehe..
tau2 bila abis game, diaorang umum team joe & aku dapat BEST TEAM!!! fuiyoooooooooo.. then diaorang umum asben aku lak as BEST PLAYER!!! fuiyooooooooooooo lagi sekali!!! semuanya diaorang kira for 2nd game je, tak masuk 1st game.. yelah, 1st game ngan player tak cukup la, sibuk makan la..
balik rumah masing2 happy giler! hehehe, next year leh join lagi..
semalam anak aku ada sukan sekolah.. parents dijemput sekali datang untuk tengok anak2 beraksi.. aku ngan asben aku lak tanya anak dara kitaorang tu, waktu rehearsal dapat no brapa? dia kata mula2 dapat no.9, pas tu last day rehearsal dapat no.1.. so aku ni cakap la kat dia, kalau dia dapat no.1, aku ngan papa dia nak belikan dia hadiah, so dia happy sesangat la kan.
mula2 waktu masuk padang semua kawad.. alahai, comel giler diaorang nih.. kena pakai rambu ramba bagai, hehehe.. cute2..
sampai kat padang, ada la aktivit joget2 sikit.. cute~~!!!!!
tiba acara ditunggu2.. diaorang lumba by class and gender.. lari then amik something kat tengah, pas tu lari sampai garisan penamat.. puas gak la tunggu giliran kelas anak aku..
sampai turn kelas anak aku, dia dapat baris yang ujung sekali, which is not good.. yelah, bunyi wisel sure lambat sampai kat dia.. tapi aku bagi gak semangat, tak kira la ujung ke hapa ke..
bila wisel kena tiup je, memang dia lambat lari sikit.. maybe sebab lambat dengar bunyi wisel tu.. dia lari amik barang kat tengah padang tu, then lari sampai garisan and end up at 4th place.
sian, nampak frust muka dia.. pas tu ada aktivit parents lak, aku ngan asben aku join, tapi takde maknanyeeeee deeeeeeeeee.. kalah! muahahaha!!!
bila teacher kata boleh amik anak2 balik, aku pun pegilah amik dia.. nampak aku terus sedih, nangis!!! aiyoo yoo.. sudahnya asben aku dari nak amik 1/2 day je, terus amik cuti.. pegi bawak dia beli basikal, nak pujuk.. yelah, even dapat no.4 pun, dia dah usaha.. tul tak? belikan gak la hadiah yang dah lama dia mintak tu..
tapi aku suka, dia ada semangat tak nak kalah.. so aku cakap ngan dia, next year cuba lagi.. practise dari sekarang.. ceh ceh ceh.. mak lak yang lebih2.. kuang3..
semalam tak pasal2 jadi cuti umum, sebabnya US President Mr Bush datang melawat UAE. cait!!! sebab dia datang dapat cuti umum, rasa cam tak patut la pulak.. negara lain Bush pegi tak pernah lak announce cuti time dia datang. pas tu yang tak tahan tu, gomen announce cuti atas sebab nak tutup semua jalan.
memang semalam jalan espacially kat Sheikh Zayed Road jadi macam hunted road. selalunya penuh ngan kereta, semalam macam dilanggar garuda.. kosong! sapa kuar nak pegi jalan yang memang dah dibagitau tutup memang carik nahas la, stuck! ada yang stuck sampai 9 jam aku baca kat gulfnews.com.
woh, hari2 hujan dah sekarang.. sekolah pun bagi cuti esok, sebab hujan tak henti2 dah brapa hari dah.. memang sejuk, aku pun berbungkus ngan arbaya duk umah ni.. tak tahan woo kesejukan..
ni antara pemandangan kat depan rumah aku untuk masa ni, dengan constructionnya, ngan lopak air.. fuh, sungguh tak selesa mata aku memandang keadaan luar tu..
apa2 pun aku sebenarnya suka ngan hujan ni, sebabnya buatkan aku teringat kat kampung halaman aku kat malaysia tu.. dah la sini nak jumpa hujan payah, kalau kat malaysia tu alahai.. rasa segar je udara time2 hujan.. aduh, rindu la pulak tetiba..
tapi satu je yang lain bila hujan kat sini compare ngan malaysia.. takde suara KATAK.. muahahahaha.. kalau kat malaysia, hujan2 camni leh dengar la bunyi Oooonggggg Oooongggg.. Gedek Gedek..
katak oh katak, kenapa ko panggil hujan? macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku, ular nak makan aku.. woh, kena ajar anak aku lagu nih.. hehehe..
semalam, dengan semangat waja, cik abang aku bawalah aku ngan anak dara dia pergi ke Dubai Festival City (DFC) sebab nak jumpa player AC Millan.. kitaorang sampai dalam pukul 5pm, tapi memandangkan benda tu start pukul 630pm, so kitaorang pegilah makan kat Black Canyon, thai food.. abis je makan, terus kitaorang pegi ke adidas DFC nih, tapi ya Allah orang punyalah ramai! padahal waktu tu baru nak pukul 6pm.. kitaorang beratur gak la, player sampai dalam pukul 715pm.. tapi still kitaorang tak dapat jumpa pun, tunggu sampai pukul 8pm tuh.. suku kat baris depan je dapat masuk, jumpa & dapat tandatangan, pas tu diaorang tutup.. ceh.. takpe, esok tengok diaorang lawan bola ngan UAE National Team, kali ni sure dapat tengok sebab ada tiket maaaaaa..
Me & my doter..
my cik abang menunggu dengan penuh kesabaran..
boring tunggu turn, amik gambar sendiri daaaaaaa..
tengok dari cermin jelah.. janji nampak muka player ye tak?
ok2.. macam harsh je bunyi title blog aku tuh.. hehehe..
tapi memang betul, aku dah naik fedup, tired, menyampah, meluat semua cukup.. aku tak paham la apsal mana2 aku pegi ada aje orang dengki a.k.a jaki pasal aku nih..
depan aku pijak semut tak mati, blakang aku amboi amboi amboi..
aku ada kenal seseorang ni.. di sini bukan di malaysia.. aku tak pernah pun close ngan dia, tapi aku selalu ikut naluri hati aku, hati aku cakap "mmm, dia ni lain macam, so better stay away.." so aku kawan gitu2 jelah..
kawan2 rapat aku semua memang tau kan perangai aku camne? happy person, tak banyak cerita, good listener muahahaha dan lain2 lagi sampaikan aku susah nak list.. muahahahaha gelak jahat lagi sekali.. naik lif tekan sendiri, tapi betul pe kan kan kan???
tapi yelah, memang tak semua akan senang tengok kita camni ye tak? tapi yang aku tak faham kenapa mesti orang ni cerita semua pasal aku (yang dia nampak la bila sesekali jumpa, kan aku tak rapat langsung ngan dia) kat orang lain yang sama kenal gitu2 je ngan aku?
dan biasalah, benda2 camni sure sampai kat telinga tuan dia balik kan? lambat laun aku tau gak.. dunia ni kecik, kat sini lagilah komuniti kecik.. pusing2 ronda2 angin sure sampai gak kat rumah aku ni..
bila dah jadi camni buat KEDUA kalinya (sila rujuk posting aku di awal tahun lepas), aku macam dah jadi M.A.L.A.S.. malas nak bercampur, malas nak jadi baik kat semua orang.. biarlah aku duk sini diam2, kat kawasan rumah aku yang ada lagi dua tiga malaysian & sporean yang sudi jadi kawan aku dan so far takde lak masalah camni timbul..
tak boleh ke macam kita tumpang happy tengok orang lain happy? kenapa mesti nak cakap2 belakang, padahal aku sikit pun tak pernah nak citer hal dia..
aku pikir maybe sebab aku ngan husband aku antara yang termuda kat sini, so tak setaraf nak berkawan dengan dia or orang2 yang dia kenal tapi rapat ngan aku.. oklah, aku tak kisahlah, ikut suka ngkolah!
cuma apa leh aku cakap kat sini, LANGIT TAK SELALU CERAH.. itu sahaja.. berhati2 bila nak mengeluarkan statement, salah statement kena buat press conference baru tau!
oh, lagi satu.. aku rasa belum terlambat lagi untuk aku ucapkan..
Selamat Tahun Baru 2008
buat semua kengkawan setia aku, di mana jua anda berada.. cewah!!! semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya..
gosh.. idungku tersumbat sudah masuk hari ke brapa tah.. tak larat aku.. naik sakit kepala aku menanggung ini selsema.. nak tido pun payah.. abis semua ubat aku telan..
breath in again.. breath out again..
bila la seksa idung aku tersumbat ni nak berakhir..
dengan CITER LONDON tak sambung lagi, memang aku amatlah busy!
1. busy asben aku dah balik dari outstaion.. 2. busy uruskan anak aku pegi balik sekolah.. 3. busy uruskan anak angkat aku bernama felix.. 4. busy menghabiskan duit lepak2 kat mall.. 5. busy gi rumah kawan2 dekat sini..
dan yang buatkan aku paling busy dan penat mental dan fizikal ialah......
6. BUSY BLAJA KERETA DAN AMIK TEST ITU INI
hah! setelah 2 bulan menunggu dengan penuh kesabaran, akhirnya tiba giliran nama aku untuk blaja kete kat sini. tu yang buatkan aku bertambah2 la busy, sampaikan nak update CITER LONDON pun tak terbuat2..
actually aku dah start blaja kete dari last week of november haritu. tention wooo!!! kena treat macam aku tak pernah bawak kete langsung!!! sebab aku dah hold lesen from msia, aku kena amik 20 kelas driving, kalau takde lesen langsung kena amik 40 kelas!
sambil2 aku blaja drive tu, aku kena amik test la, kena dengar ceramah la.. huhuhu.. semata2 nak dapatkan lesen sini, terpaksa gak la aku buat..
dan semalam, aku ada driving test dengan driving school aku, sebelum boleh test dengan RTA sini.. RTA tu cam JPJ la kat msia..
kebetulan aku kena test ni dengan sorang lagi kawan msia, chinese. dia baru sampai dalam 2 bulan camtu. kitaorang dah kenal dah waktu amik signal test sama2.. kebetulan pun cikgu kitaorang pun sama sempat kutuk2 cikgu kitaorang tuh! hehehe.. dia keje ngan company local kat sini. very nice lady, jauh giler umur dia ngan umur aku.. tapi cun woo!! tak sangka aku dia dah ada anak besar 2 orang.
so semalam, mula2 kawan aku ni drive dulu.. aku duduk blakang diam2 dan kitaorang punya tester duduk sebelah driver.
tapi tester kitaorang tu, ya Allah!!! dia marah2 non stop kat kawan aku tu.. ada satu ketika ayat "gosh! shit!" pun keluar dari mulut tester tu, leh imagine tak? siap insult macam2 kat kawan aku tuh, aku dengar naik takut pun ada. siap panggil "baba" kat kawan aku tuh, aku pun tak tau la amenda "baba" tu. tak yah la aku nak citer apa lagi dia cakap, kalau sampai "shit" pun kuar, korang leh imagine sendiri la kan? pas tu dia yang dok kontrol stering ngan break, padahal member aku bawak ok je aku tengok.
tiba giliran aku? pun sama gak! tapi tak seteruk member aku tu la dia insult aku. tapi last bila dah parking, dia leh tanya aku brapa tahun aku pegang lesen msia, aku kata la 7 tahun. dia boleh kata aku cam tak pernah ada lesen bawak kete? ini dah kurang assam dah ni! tapi aku jawab gak kata drive kat msia tak sama drive kat uae ni. msia kanan, uae kiri.. sama gak waktu aku drive, stering ngan break dia punya, pas tu bising kata aku tak drive dia yang drive.. bohsan betul!!!
dia pun bagi la kitaorang kertas.. yang kelakar tu, dah dia maki hamun macam2, still leh tulis kat kertas kitaorang lulus pas tu tulis GOOD lak tuh! tapi kena amik extra 10 driving class..
hek eleh!!! cakap jelah nak duit extra!!! sini semua camtu, dok isap darah! tau charge charge charge!!! saje nak carik salah kitaorang tadi, padahal rasa dah sehabis baik dah bawak, macam la tak pernah bawak kete kitaorang nih.. kalau betul2 kitaorang ni teruk cam apa dia cakap waktu kitaorang drive tu, bagi je FAIL kan ke senang? aku bukan nak cakap besar ke hapa ke, tapi kena insult macam2 sudahnya lulus gak dia bagi, tapi suh amik 10 kelas lagi, apa maknanya tu? tak pasal2 nak bayar lagi extra DHS600, yang kitaorang dah bayar kat driving school je dah DHS1700 dah!
tapi member aku tu tak puas hati, dia buat komplen.. member aku siap cakap ngan aku, dia rasa dia kena treat macam an*i*g.. tak tau la orang amik tindakan ke idak ngan komplen dia buat tu, tapi bagus komplen tu, jangan ingat kita takde maruah lak kan?
cabaran sungguh nak amik lesen kat sini.. time2 camni la aku teringat kat msia.. oh tanahairku!!!
hubby aku baru je berangkat ke beirut, outstation.. lepas ke beirut, dia akan ke cairo lak.. total lamanya, 3mgu beirut + 1mgu cairo.. 4 MINGGU BEB!!!
bukan aku tak mau ikut, tapi memandangkan anak dara aku sekolah, so kenalah hentikan cita2 aku nak coti2 makan angin lama2 nih.. karang miss lak kelas ballet semua, dah la masa coti2 kat msia dia dah miss banyak kelas.. memang ada plan nak gi beirut tuh, tapi maybe dah seminggu dua hubby aku kat sana baru turun kot? ngengenge..
anak dara aku tu lak, sejak jumaat haritu dia sakit perut ngan muntah2.. alahai, papa dia nak outstation dia lak camtu.. tapi alhamdulillah, dah ok dah sikit, cuma kena coti sekolah harini ngan esok, sampai perut dia lega betul.
tulah, tengahari tadi lepas hubby aku balik dari opis amik dokumen semua yang nak bawak gi outstation, tetiba je dia ajak aku pegi ikut dia harini gak. tiket semua member opis dah tolong tanyakan semua, ada 2 seat kosong lagi. aku terkejut la kan, tapi aku memang tak mau ikut sekarang, sian kat anak dara aku tu nanti ponteng sekolah lama, sian kat anak angkat aku yang nama felix tu nak kena masuk pet hotel balik.. isk, tak boleh tak boleh..
takpelah, sekarang ni aku tengah tengok flight mana yang best nak ke beirut.. cairo maybe aku tak pegi kot, sebabnya hubby aku dah pegi, dia kata rasanya kurang sesuai kalau bawak family ke situ.. so takpeler..
alhamdulillah, aku sekeluarga dah selamat sampai ke dubai tengah malam semalam.
cepat betul masa berlalu, aku rasa cuti balik malaysia haritu adalah cuti yang paling cepat a.k.a cuti yang aku tak puas sekali dalam idup aku.
macam2 plan tak jadi buat, kawan2 pun tak sempat nak jumpa. maybe sebab raya dan abang aku kawin, so seminggu dah abis kat situ je. pas tu lagi 2 minggu tu lak dok spend kat family je, projek2 mengejut pun banyak.
antara projek yang paling MEGA mengejut tu, lagi 5 hari nak balik dubai baru ada idea nak jual kereta iswara asben aku, kancil aku bagi bapa mertua aku pakai. selama kitaorang kat dubai ni bapa mertua aku pakai kereta iswara asben aku tu, kancil aku tu pulak adik aku pakai memandangkan dia student. tapi sekarang adik aku dah keje, dah beli kereta sendiri. so kitaorang rasa takde pekdah lak nak bayar sekali 2 kereta, padahal satu kete tu tak pakai pun. lagi satu, sian lak tengok bapa mertua aku tu bawak kereta manual, kancil aku tu auto. bincang punya bincang, mujurlah mama aku ada kenal baik orang used car, so kitaorang decide jual iswara dan maintain kancil. plan mengejut camtu dah buat rugi 2 hari camtu je, kena hantar kancil gi johor pas tu bawak balik iswara ke seremban.. buat day trip tuh!!! pas tu gi settle ngan bank lak, huhuhu.. alhamdulillah, semua dah settle. tak yah dah kitaorang nak bayar iswara rm600 sebulan dah.. jimat tuh!!! hehehe.. extra duit soping untuk aku!!! ngengenge..
lagi projek mengejut, pegi kuala kangsar day trip! semata2 nak amik sijil spm asben aku yang dah 10 tahun lamanya terperap kat sekolah dia tu. karang tak pasal2 lak kena dispose menda tu, baik la gi amik..
tulah, pagi ni asben aku keluar pegi keje, anak dara aku lak dah start sekolah balik harini setelah 2 minggu memontengkan diri. so here i am, alone.. mujurlah pet hotel hantar balik anak angkat aku bernama felix semalam, kalau tak mau aku mati kutu sorang..
sambil aku taip2 ni aku terkenang kat kampung halaman aku kat msia tu. mau aku tak rindu family aku! bila kenang alahai, sayu je.. tapi aku pikir positif jelah kan, aku nak balik bila2 pun boleh, setakat duit tambang tu insyaAllah ada. kalau aku duduk keje kat msia tu pun, bukan hari2 leh jumpa family aku. alhamdulillah la sekarang ni ada internet semua, leh buat video call bila teragak.
lagi satu, aku tak leh duduk msia tu lama2 sebab senang betul badan aku nak naik.. hahahaha, tu satu benda buat aku pening tuh.. sejak duduk msia 3 minggu, aku boleh gain weight gila banyak tuh!!! 4-5kg, aduh!!! esp kat part perut. tengoklah, maybe dalam seminggu ni aku nak start balik la exercise. agaknya metabolism aku dah jatuh merundum, thats why la senang sangat badan aku nak naik kot??? alasan2...
apa2 pun aku nak ucapkan khas untuk kak iparku, kak nora..
WELCOME TO OUR FAMILY!!!
dan untuk abang aku..
SELAMAT PENGANTIN BARU!!!
dah dah dah!!! aku nak stop dulu membebel kat blog aku nih. rumah bersepah lagi ha, to be continued..